…MOMENTS + MOMENTUMS…


Malam beriring siang

bilakah datangnya siang?

Malam yang panjang

atau

siang yang diliputi rembulan?

andainya kita tahu..


Bismillah

pemula bicara

si bidadari bermata jeli

memandang tembus ke dasar hati

membaca halus langkah silah

menghembus bait-bait kalamullah

menunjuk jalan-jalan firdausi

membuka pintu-pintu kota syurgawi

buat insan-insan yang mahu mengerti

menyambut salam penghuni alam

darussalam

yang menanti-nanti dengan zikrullah

sepanjang malam..

alhamdulillah penyudah

makna kalam

dari bidadari-bidadari bermata jeli.


(Bismillahirohmanirohim)

Hidup. Sangat relatif dengan masa dan usia. Berapa usia kita, yang sebenarnya? 20 tahun? 40 tahun? 60 tahun? Adakah yang kita ukur itu benar-benar layak dipanggil usia? atau tak lebih daripada fasa masa yang telah berlalu sepanjang hayat ini? Aku fikir usia kita tidak tergantung pada tempoh masa yang kita lewati saban tahun itu. Tapi, usia itu bersifat misteri. Kerana, pada tahun apa pun ia boleh terhenti. Mati. Kita sebenarnya tidak tahu berapa lama usia kita. Kerana, usia manusia ini harus dikira daripada detik matinya kita. Bukan daripada detik lahirnya kita.

Pelik? Mana mungkin kita tahu bila waktunya kita akan mati. Justru, hargailah masa @ waktu yang tersisa…selagi kita masih diberi peluang mengharungi detik-detik kehidupan ini. Hiduplah dengan bersungguh-sungguh, selagi nyawa dikandung badan, selagi akal dan hati terpadu dalam jasad rohani.

Kaya


(Bismillahirohmanirohim)

KAYA. Kamu tahu apa maksud “kaya”, dalam bahasa Melayu? Aku bukan merujuk kepada “kaya” yang kamu makan bersama roti bakar dan air kopi sebagai sarapan pagi.

Kenapa aku nak kisahkan topik “kaya” (dalam blog kecil yang mungkin kamu baca atau tak baca langsung ni)? SEBAB aku juga sedang berusaha untuk menjadi kaya dengan cara dan jalan yang lurus, inshaAllah.

Bukan kaya versi FIRAUN atau KARUN atau TSA’LABAH. InshaAllah kamu faham maksudku kalau kamu tahu dan belajar daripada kisah-kisah mereka.

Janganlah kamu anggap kisah-kisah itu seumpama cerita fiksyen yang kamu baca dan tonton (entah di mana-mana tu)! Kerana, mereka adalah watak-watak manusia yang disebut dalam QURAN, (kalamullah a.k.a kitab Allah yang kamu cuba / telah khatamkan beramai-ramai di zaman anak-anak dulu). Adakah kekayaan harta benda telah menaikkan darjat dan kemuliaan mereka? Jelas sekali tidak!

Kekayaan perbendaharaan telah menggelapkan hati mereka, menumpulkan akal mereka dan sama sekali telah menjatuhkan mereka ke lembah hina, yang sehina-hinanya. Kamu mahu kaya seperti mereka?  Aku tidak mahu, dan aku berdoa kepada ALLAH yang MAHA KAYA dan MAHA PEMILIK agar menyelamatkanku dan sekalian manusia yang beriman agar terlepas daripada fitnah kekayaan dunia yang sementara ini.

Berdoalah kita supaya Allah kurniakan kita jiwa yang kaya melihat hikmah setiap peristiwa. InshaAllah..

(Bila aku mengingatkan kamu, aku juga sedang mengingatkan diriku! Astaghfirullah..)

Blog


Sudah lama blog ni menyepi. Dan, hari ini aku putuskan blog ni harus dihidupkan semula. Bukan dengan cerita-cerita biasa seorang gadis kota 26 tahun. Tapi, tentang pengalaman seorang manusia akhir zaman yang melihat dengan mata hati dan akalnya. InsyaAllah


Bila hati berbisik, harus kita dengarkan?

Dengarkan.

Hati yang mencari kebenaran,

mahu merasa damai cinta dariNya.

Carilah kebenaran cinta itu.

Cinta Allah yang satu.

She’s my friend


“Kadang-kadang Allah jarakkan suatu hubungan, kemudian datangkan pula dengan pelbagai dugaan. Puas kita mencari di mana orang kesayangan, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita kasih sayang yang berpanjangan…InsyaAllah”

I rephrase her shout out. I haven’t met her since when? I can’t remember. But, I always remember her as one of my best friends, though we met for a short while. Which was one and half  years ago, I guess.

Basically, I knew she is always there. She is nice, sweet, and kind hearted friend who I glad to know. And, Ayu is just the name that suits her.

Where are you?

Sorry, I didn’t contact you for quite some time since…(guess, you know why?) But, as I told you, I rarely wanted to find friends. I prefer to welcome friends, just like you. So, please excuse me if you read this (:

I will always remember you as Ayu, my friend.

Until then. InsyaAllah


Waktu bersilih ganti
Bulan datang dan pergi
Ramadhan datang lagi
bersama seribu erti

Ramadhan yang mulia
datang setahun sekali
untuk insan insafi diri
dan melentur nurani

sucikan hati
ikhlaskan peribadi
mencari redha Allah
di jalan sabar dan soleh.


Love. How do I define love? Well, I’m not going to answer my own question here. But, maybe I can ask you…how do you define love?

Sometimes, I pity people who are stuck in their past relationship. As I used to be -and I bet most people had such experience too. But hey, life is not all about that one person you met in the past. It’s about growing up, and embrace every moments you have. It’s too short to be filled with disappointments and regrets. Just let things be, since time can’t be reverted. I believe that, everything happened for at least one good reason. So, take it as lesson and move on. Love are everywhere. And, the greatest, eternal love only belongs to the Creator.

(I wish, I could say this to those pathetic losers. But again, I prefer this way)


I woke up this morning, and wondered for how long I’ll be breathing and live this life? But, I didn’t have the answer. And, I knew that I ain’t suppose to know the answer.
Sigh. This feeling made me speechless. I don’t feel good or bad about being speechless.
I think it just a moment in life, that I need to embrace. I can just ignore it, and pretend there’s nothing to worry. But, I choose not to pretend. I choose to embrace this silence. To think over how I suppose to live life to the fullest.  And, how do I define that fullness?