…MOMENTS + MOMENTUMS…

Monolog untuk engkau

Puas kau merangkak,bertatih,

berjalan,dan berlari

adakala kau terjatuh,tersungkur

lalu,bangkit.

Dan,perjalanan kau teruskan lagi

mungkin dengan mendaki,memanjat

atau melompat.

Kau terluka dengan onak yang mencalar kulitmu

Kau terpana dengan tingginya puncak yang nak kau gapai

Walaupun sukar, tetap kau teruskan

walaupun jalan beronak duri bersimpang siur

berliku, dan berlembah

tetap kau gagahkan juga

Kerana kau ingin

menempuh, dan mengalami

dimensi situasi

destini destinasimu.

Kau yakin destinasimu pasti

namun bagaimana destinimu?

Harus kau hisab situasi diri

supaya kau tidak terus berilusi, berhalusinasi

dengan diri!

Kau tahu bukan, Tuhan memerhati dan meneliti caramu?