kau marah burung?
Pagi hening
awan tenang
langit terang
seekor burung berkicau
sumbang di telingamu
angin pagi
hembus lembut
aroma pagi
nyaman aman
segar menyapa
bunga-bunga
kembang mesra.
Engkau murka
kerana pagi muncul lagi
menarik ubunmu
agar bangun bekerja pagi-pagi.
Burung mungil
makin bersiul
tinggal tunggal
seperti tunggul
padamu
tak berguna.
burung kecil bersiul
mahu terbang
menyapa awan teratas
mengepak sayap
nak menyapu langit
yang berkapas - kapas
sambil mengepak
dia memekak
engkau marah lagi
siapa yang engkau marahkan?
burung yang bingit
atau
burung yang mahu
terbang cecah awan teratas.
Dapatkah kau terbang
bak burung di langit biru?
Bersayapkah engkau?
Atau berkaki dan tangankah engkau?
Bacalah fitrah alam
ciptaan Pencipta yang Satu.