(Bismillahirohmanirohim)
Hidup. Sangat relatif dengan masa dan usia. Berapa usia kita, yang sebenarnya? 20 tahun? 40 tahun? 60 tahun? Adakah yang kita ukur itu benar-benar layak dipanggil usia? atau tak lebih daripada fasa masa yang telah berlalu sepanjang hayat ini? Aku fikir usia kita tidak tergantung pada tempoh masa yang kita lewati saban tahun itu. Tapi, usia itu bersifat misteri. Kerana, pada tahun apa pun ia boleh terhenti. Mati. Kita sebenarnya tidak tahu berapa lama usia kita. Kerana, usia manusia ini harus dikira daripada detik matinya kita. Bukan daripada detik lahirnya kita.
Pelik? Mana mungkin kita tahu bila waktunya kita akan mati. Justru, hargailah masa @ waktu yang tersisa…selagi kita masih diberi peluang mengharungi detik-detik kehidupan ini. Hiduplah dengan bersungguh-sungguh, selagi nyawa dikandung badan, selagi akal dan hati terpadu dalam jasad rohani.