Kaya
(Bismillahirohmanirohim)
KAYA. Kamu tahu apa maksud “kaya”, dalam bahasa Melayu? Aku bukan merujuk kepada “kaya” yang kamu makan bersama roti bakar dan air kopi sebagai sarapan pagi.
Kenapa aku nak kisahkan topik “kaya” (dalam blog kecil yang mungkin kamu baca atau tak baca langsung ni)? SEBAB aku juga sedang berusaha untuk menjadi kaya dengan cara dan jalan yang lurus, inshaAllah.
Bukan kaya versi FIRAUN atau KARUN atau TSA’LABAH. InshaAllah kamu faham maksudku kalau kamu tahu dan belajar daripada kisah-kisah mereka.
Janganlah kamu anggap kisah-kisah itu seumpama cerita fiksyen yang kamu baca dan tonton (entah di mana-mana tu)! Kerana, mereka adalah watak-watak manusia yang disebut dalam QURAN, (kalamullah a.k.a kitab Allah yang kamu cuba / telah khatamkan beramai-ramai di zaman anak-anak dulu). Adakah kekayaan harta benda telah menaikkan darjat dan kemuliaan mereka? Jelas sekali tidak!
Kekayaan perbendaharaan telah menggelapkan hati mereka, menumpulkan akal mereka dan sama sekali telah menjatuhkan mereka ke lembah hina, yang sehina-hinanya. Kamu mahu kaya seperti mereka? Aku tidak mahu, dan aku berdoa kepada ALLAH yang MAHA KAYA dan MAHA PEMILIK agar menyelamatkanku dan sekalian manusia yang beriman agar terlepas daripada fitnah kekayaan dunia yang sementara ini.
Berdoalah kita supaya Allah kurniakan kita jiwa yang kaya melihat hikmah setiap peristiwa. InshaAllah..
(Bila aku mengingatkan kamu, aku juga sedang mengingatkan diriku! Astaghfirullah..)